Cara Membaca Hamzah | Kenali Jenis-Jenis Hamzah

Cara Membaca Hamzah | Kenali Jenis-Jenis Hamzah

Assalamualaikum pembaca sekelian, cara membaca hamzah ada beberapa cara. Berikut ini kita bahas penulisan dan juga cara membaca hamzah.

Konten [Tampil]

Cara Membaca Hamzah

Assalamualaikum pembaca sekelian, cara membaca hamzah ada beberapa cara. Berikut ini kita bahas penulisan dan juga cara membaca hamzah.


cara membaca hamzah qatha' dan hamzah washal.jpg
Cara membaca hamzah qatha' dan hamzah washal

Apa khabar anda semua? Saya harap pembaca-pembaca setia blog saya ni berada dalam keadaan sihat walafiatla hendaknya. Saya sentiasa berdoa supaya diri saya dan anda semua sentiasa dipanjangkan kesihatan agar kita sama-sama dapat menjalani dan menghayati ibadah puasa yang sedang kita  sekarang ni.


Selain tu, dengan kesihatan yang Allah bagi ni, saya dapatlah terus memberikan ilmu tentang tajwid ni sekadar kemampuan saya. Dan anda pula dapatlah terus belajar hukum-hukum tajwid di blog saya ni.


Sebelum saya sambung pelajaran tajwid yang seterusnya, saya nak berkongsi dengan anda tentang satu laporan ‘PANAS’ yang berkaitan dengan virus H1N1. Laporan ‘PANAS’ dan ‘PERCUMA’ ni telah ditulis oleh sahabat saya Razif Yusof. Saya telah pun memuat turun laporan ini dan ternyata ianya sangat bermanfaat kepada kita semua.


Banyak perkara yang telah beliau bongkarkan berkenaan dengan virus merbahaya yang sedang menyerang penduduk malaysia ni. Saya tak nak cerita banyak. Anda boleh muat turun laporan tersebut dan baca dengan teliti. Lagi pun anda tidak perlu bayar satu sen pun. Jadi anda boleh download laporan tersebut di sini.


Berbalik kepada pelajaran tajwid kita, seperti mana yang saya beritahu dalam entri saya yang lepas, pada entri kali ini saya akan menerangkan jenis-jenis hamzah yang terdapat di dalam al-Quran resam Uthmani. Setelah kita mengenali jenis-jenis hamzah tersebut, maka dengan mudah kita akan tahu cara bacaan yang betul pada huruf hamzah berdasarkan jenisnya.


Penulisan Huruf Hamzah dan Jenisnya

Penulisan huruf hamzah di dalam al-Quran Resam Uthmani telah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:


Hamzah Wasal atau Hamzah Bersambung

Hamzah Qatho’ atau Hamzah Putus

Apakah Hamzah Wasal tu pembaca sekelian?

Hamzah Wasal 

Huruf Hamzah Wasal ialah huruf yang ditulis dengan huruf alif dan terdapat kepala sod kecil ( ٱ  ) di atasnya sebagai tanda bersambung. Ia dinamakan Hamzah Bersambung kerana ia membenarkan huruf sebelumnya bersambung dengan huruf selepasnya. Huruf  hamzah bersambung hanya berada di awal kalimah sahaja. Untuk contoh, saya datangkan dari surah al-Qariah, surah yang ke 101, pada juzuk yang ke 30. Anda boleh rujuk di dalam al-Quran yang sebenar. Di dalam contoh ini saya akan tunjuk cara bacaan pada huruf hamzah wasal ketika disambung bacaan padanya.


Baik, kalau diperhatikan. surah al-Qariah ini dimulakan dengan huruf Hamzah Bersambung. Sekiranya anda ingin menyambung bacaan diantara kalimah Bismillah dan Al-Qoori’ah, maka hamzah wasal telah dihilangkan dari bacaan, maka bacaanya begini.


Bismillaa-hirrahmaa-nirrahii-milqooria’h


Huruf mim pada kalimah Bismillah terus disukunkan dengan huruf  lam pada kalimah al-Qoori’ah. Hamzah wasal telah dihilangkan dari bacaankan. Sebab tulah hamzah ini dinamakan Hamzah Bersambung. Kerana ia membenarkan huruf sebelumnya disambungkan dengan huruf selepasnya. Dapatkah anda faham dengan penerangan saya ni? Kalau tak faham jangan biarkan kepala anda pening. Terus bertanya kepada saya yer.

Hamzah Qatho'

Baik, sekarang saya akan terangkan pula tentang Hamzah Qatho’. Apakah pula huruf Hamzah Qatho’ itu?


Kalau di dalam al-Quran Resam Uthmani, huruf ini ditulis dengan huruf  alif, wau atau ya dan di atasnya terletak huruf hamzah kecil. Kedudukan hamzah kecil ini pula berdasarkan pada baris huruf alif, wau dan ya tadi. Katakanlah alif berbaris di atas atau di hadapan, maka huruf hamzah kecil akan diletakkan di atas alif. Kalau alif berbaris di bawah, maka huruf hamzah kecil juga akan diletak di bawah alif.


Panduan Cara Membaca Hamzah

Ok, untuk contoh saya bawakan kalimah dari surah at-Takathur, surah yang ke 102 dan dalam juzuk yang ke 30. Anda boleh rujuk pada al-Quran sebenar. Sila lihat ayatnya di bawah.


Surah ini telah dimulakan dengan huruf Hamzah Qatho’ atau Hamzah Putus. Anda lihat huruf yang saya tandakan warna merah. Huruf alif dan diatasnya terdapat huruf hamzah kecil. Itulah huruf Hamzah Qatho’ atau Hamzah Putus. Mengapa putus? Saya akan terangkan. Ia dinamakan putus kerana ia(Hamzah Qatho’) memutuskan bunyi huruf sebelumnya dengan huruf selepasnya walaupun pada ketika bacaan bersambung.


Katakanlah saya hendak menyambung bacaan diantara kalimah Bismillah dan Al-haakumuttakaathur. Walaupun saya menyambung bacaan, huruf  mim pada kalimah bismillah tidak boleh disukunkan dengan huruf lam pada kalimah al-haakumuttakaathur. Mengapa? Kerana ia telah diputuskan oleh huruf Hamzah Qatho’. Kesimpulannya, hamzah Qatho’ tidak membenarkan huruf sebelumya bersambung dengan huruf selepasnya. Maka, ia dibaca begini.


Bismilllaa-hirrahmaa-nirrahiimi-al-haakumuttakathur


Dapatkah anda bezakan bacaan diantara hamzah wasal dengan hamzah qatho’ pada ketika bacaan bersambung? Sebenarnya risau juga takut anda tak faham dengan penerangan saya ni. Kalau anda tak faham, ingat, tanya tau. Kalau tak nanti bacaan anda akan tersalah pula.

Penulis : Abdullah Idris ( guru KAFA )


Semoga artikel cara membaca hamzah ini mempermudah Anda membaca Al Quran.

Dapatkan ebook tajwid dengan klik gambar di bawah ini !

download ebook tajwid lengkap



LihatTutupKomentar